Tuesday 19 April 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bermusim menghilang, bertandang secara tidak sengaja sekadar untuk menguis biasa dan lari dari kebiasaan.
berbalam kesibukan menghambat rutin namun itu semua lumrah hidup. Payah dan lelah tidak harus dikesah biar ikhlas berteman redha agar niat suci tidak terpalit.

Teruslah menghayun langkah bersama runduk memandang rumput agar sombong tidak bersarang di hati.
Senyumlah biar dunia tahu kau gembira walau hakikat hanya Tuhan yang tahu. Jangan bawa rasa sendu dalam diri jangan terpalit ternoda pada yang lain. Hidup satu perjuangan perlu diteruskan. Ada matlamat menanti ada beban di galas biar semua pada paksinya. Usah gentar usah takut gantung saja asa pada Esa agar jiwa tenang melayari lautan bergelora.

Salam penuh manis kadang kelat dariku yang mencintaimu....

20/4/2016

Sunday 5 August 2012

17 Ramadhan 1433 H

Malam semakin larut, keheningannya mencengkam sukma.Kucuba mencari diri meniti laluan yang penuh ranjau walau payah dan berliku langkah perlu diteruskan.Kuakan terus berlari mengikut matahari.Tak akan kubiar hempasan ombak meranap cita, menguburkan asa.Kutetap akan menyongsong suria demi sebuah hidup kerana mati itu pasti tapi hidup belum tentu. Perjalanan ini tidak akan bernoktah destinasi terlalu jauh untuk dituju.Hanya kekuatan dan keteguhan iltizam dapat membawaku menggapai cita. Aku seorang pejuang dan tak akan kubiar angin lalu menghempasku ke batu.Aku akan tetap mencari jalan menuju destinasi...

Tuesday 14 February 2012

Salam untuk semua,
Rasanya sudah bermusim jua aku tidak mencoret pada ruangan ini..semacam ada kekosongan yang seakan menggamit aku untuk membuang jauh rasa dan asa untuk kuluah buat tatapan maya...terlalu banyak cerita ingin kucoret, beribu kata ingin kuluah, berbalam rindu ingin kurasa dan berbukit rasa ingin kulerai tapi semua seakan bernoktah di satu titik yang akupun tak pasti ianya...kuhanya mengikut arus menyongsong bayu membawa desir  puput angin malam yang bersarang dalam lubuk yang paling dalam...kupasti bukan ini yang kumahu aku jelas bukan ini matlamat..tapi aku tak berwarna di atas kanvas...kucuba mencari serinya merah cerianya pelangi dan terangnya kesumba pasti aku tak ingin terus berpacak begini ..ada tangan yang perlu kugenggam ada rasa yang perlu kusiram da mimpi yang harus kukejar yang pastinya aku harus kembali sebagaimana aku dulu seperti mana yang tegak menyongsong badai, meredah lautan kerana aku seorang pejuang ...

Wednesday 24 August 2011

25 Ramadhan 1432 Hijrah

Jam 2.30 pagi kuterjaga daripada lena diulit mimpi kuseret langkah longlai tuk membasahi wajah dengan jernihnya wudhuk..dalam kesamaran malam serta kedinginan mencengkam kumencari redha dariMu untuk muhasabah diri dan jihad mencari nilai diri. Detik berlalu begitu pantas dan sekelip cuma ramadhan akan meninggalkan aku yang masih mencari sekelumit sinar untuk kubasuh jiwa dan nurani untuk lebih dekat denganMu...detik ini juga aku rasa semakin dekat dengan arwah ibuku dan terlalu banyak hikmah yang tak dapat kulontar dengan kata-kata..Maha suci Allah moga-moga sinarmu akan kembali menyapaku di lembaran akan datang..Amin ..

Friday 12 August 2011

100

Assalamualaikum,
Al-Fatihah untukmu bonda...kini genaplah 100 hari kepergianmu ( Jumaat 12 Ramadhan 1432 H)...terasa baru semalam aku kehilanganmu..semoga bonda bersemadi dengan tenang... kadang kala aku tak tertahan menempuh derasnya arus hidup tapi apabila terkenangkan kentalnya semangatmu, wajanya azamku dan tekadnya jati dirimu aku semacam dapat sinar dan kekuatan..kuingin hidupku disinari semangat dan juga bayang2 masa lalumu...bonda hadirlah dalam mimpiku..bertandanglah dalam tidurku...dakaplah aku dalam pelukan erat kasih sayangmu..aku akan berusaha menjadi ibu yang terbaik untuk Aiman sebagaimana engkau telah menjadi ibu yang terbaik untukku dan mungkin aku tak mampu menandingi ketabahan dan kesabaranmu menempuh pancaroba hidup...mak..aku amat merinduimu mak...tak tertahan rasanya setiap detik..dan waktu ada sahaja aku akan kaitkan denganmu bonda...ya Allah tanamkan dalam diriku agar menjadi seorang wanita sebaik dan setabah dan sehebat ibuku..Amin ya Rabbal alamin..Al-fatihah...

Tuesday 26 July 2011

The Murtabak Moment with the best Colleague

Jam 4 tepat kami berempat memacu pantas ke kereta menuju destinasi di seksyen 13 Shah Alam atau tepatnya Bistro al Rafi Seksyen 13 shah Alam milik Azlan pelajar sr 1 joy. Pada cadangan aawal kami berlima hendak bersantai sambil menikmati keenakan murtabak yang jadi buah mulut orang tetapi akhirnya Mary terpaksa membatalkan hasrat mengikuti kami. maka tinggallah kami berempat Shalven, Anita, As dan myself. Shalveen jadi pemadu arah dan berada di hadapan diikuti Anita dan kemudiannya As dan saya. Shalveen tersalah jalan dan kami yang mengikut dari belakang juga terpaksa mengalami nasib yang sama. Tapi akhirnya destinasi yang dituju sampai akhirnya dan kamipun mengambil tempat dan mulakan pesanan. Anita dengan martabak ayam sama macam Shalveen, As pula dengan Murtabak dagingnya dan aku apalagi kambing jadi pilihan utama. Perghhh i tell u my frend...so good...dan kami sampai dua kali minta kuah kari kambing yang pekat dan penuh aroma kambing yang menusuk kalbu....rancangannya khamis ini hendak bertandang sekali lagi.....rugi..memang rugi kalau makan satu jeh.....oh kambing baumu menusuk kalbuku.....