Thursday 28 April 2011

Gembira!!!

Berbicara tentangnya memagut sejuta rasa dan impian. Dengannya semua indah, tanpanya semua suram..bertempik melolong, menongkat matahari menahan rembulan untuk sampai detiknya. walau takrif dan definisinya datang dalam pelbagai bentuk...bagiku walau sekelumit cuma namun biasnya nampak di mata. Tuhan itu adil seadil-adilnya panas setahun hilang bahang dek hujan sehari..aku bersyukur dalam doa. Kan kuterus mencapai noktah yang tak bertepi dan pastinya dialah pewarna rentakku yang berlagu mengikut rentetan memori yang pastinya menggamit sukma membelai nostalgia merangkul bahagia bersama insan-insan pelengkap diari hidupku..aku gembira........................

Monday 25 April 2011

Bicara Malam

Baru sahaja aku menghenyakkan punggung di bangku merah sambil menatap paparan demi paparan di lembaran facebook. Si kecil baru sahaja beradu sambil mulut dihiasi botol susu. Aku terasa letih dan amat penat mengharungi isnin yang sebentar sahaja akan mengucapkan selamat tinggal. Hari ini masih seperti  minggu minggu sudah tidak ada yang istimewa dan khas...cuma kali ini terasa begitu letih dan kurang bermaya...ini agaknya penangan tiga hari bersantai  di rumah. Kumasih ada tanggungjawab yang perlu dibereskan sebelum menutup tirai. Agenda seterusnya mengedit kertas soalan bm yang harus dipersembahkan selewat-lewatnya lusa. Seterusnya aku harus mengeringkan kasut Aiman yang masih berendam. Kadang kala diari dan rutin harianku tak pernah sunyi daripada pelbagai agenda waima tidur sekalipun masih dibayangi mimpi tentang agenda berikut yang akan menyusul sebaik sahaja selimut ditarik tatkala azan subuh syahdu berkumandang.Aku ingin mengunndurkan diri seketika dari altar ini untuk memberi ruang agenda hari ini ditunai dengan jitu..salam syahdu dan biarlah bicara malam berlabuh dengan seuntai madah untuk pesanan diri..tak bermakna hari itu jika kita tak dapat memberi makna untuk orang lain...Wassalam

Sunday 24 April 2011

Mini muffin Oren

Assalamualaikum,
Rasa macam ralat beberapa hari tak menjenguk blog ini. Akhirnya kugagahi juga datang membawa 'penganan' yang sesuai untuk minum petang. Belek punya belek apa nak buat akhirnya kukorbankan 2 biji sunkist aiman untuk jadi ramuan akhirnya lahirlah mini mufin oren nih. Kecil dan mudah ditelan.Buat sikit jeh dalam 100 biji.Ingat nak bawa ke sekolah esok sempena Mary and the gang punya Easter Day. Boleh buat pencuci mulut. Ada baki aku bungkus nak letak kat Pulau ilmu untuk jajan budak-budak kat situ. Kadang-kadang mereka cari sesuatu untuk dimakan.Resepi ini sangat mudah jeh..cuma ada kelainan sikit belajar dari "Martha Stewart" punya blog untuk muffin lebih gebu dan sedap...Nak tempah?? boleh gak????

Wednesday 20 April 2011

Entah!

Seketika menghilang dihambat kesibukan dunia
aku seketika alpa menurut kata dan rasa..
pelbagai rasa berbaur satu keliru dengan perasaan
aku hanya mampu mengikut arus yang entah ke mana aku terdampar
aku masih mengharap sinar walau dalam kelam sekalipun
pastinya aku tak mampu melangkah dalam samar
dalam lubuk hati keyakinan masih tebal Dia tak akan melihatku tewas..
aku pasti itu..pintaku hanya berilah aku sepasang kaki yang tegap menempuh
onak dan badai dan berilah aku tekad sekuat Hindun untuk aku menyongsong
matahari...pintaku! aku berkelana untuk satu kepastian Hidup Perlu Diteruskan..

whitetulip

Sunday 17 April 2011

Sajak Sendu Pagi Ahad

Kubuka mata kutatap wajah-wajah kesayangan hamba
kusingkap jendela kulihat rona pagi indah menghampar
kemaskan langkah kuatur gerak perlahan
kuharus bangkit satu tugas menanti...

kuredah arus kulawan rasa kuikut asa
kutanam ikhtiar bangkit menongkat bulan
kuberlari dalam keterpaksaan
kupasrah melepaskan cengkaman pagi berselimutkan dingin

kupohon moga langkahku lancar
kuharap derapku tak tersadung
kuimpi bahagia dalam destinasi
kupanjat doa dalam syukur

Saturday 16 April 2011

Makan malam di Restoran Mamak

Cadangnya nak makan kat Old Town... sudahnya tukar channel ke Mamak pula.
Menunya untuk si Kecik tuh sudah pastinya roti tisu kegemaran dan milo ais...
Mummy??? hmmm konon diet...tapi makan roti naan dengan sup ayam... pergh!!!

apa-apapun..layan

Sabtu yang mendung..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ini kena pi sekolah ada event...ikutkan baik tarik selimut tambahan lagi hujan yang aah mengantuk.
tapi bagus juga boleh luangkan masa dengan kawan dan some parent...dan boleh bagi input untuk apa jua ...
Malam nih nak plan pi mana pulak..
Sunyi rasanya mama tak ada ..dah dekat sebulan dengan mama..ketiadaaannya terasa...