Monday 25 April 2011

Bicara Malam

Baru sahaja aku menghenyakkan punggung di bangku merah sambil menatap paparan demi paparan di lembaran facebook. Si kecil baru sahaja beradu sambil mulut dihiasi botol susu. Aku terasa letih dan amat penat mengharungi isnin yang sebentar sahaja akan mengucapkan selamat tinggal. Hari ini masih seperti  minggu minggu sudah tidak ada yang istimewa dan khas...cuma kali ini terasa begitu letih dan kurang bermaya...ini agaknya penangan tiga hari bersantai  di rumah. Kumasih ada tanggungjawab yang perlu dibereskan sebelum menutup tirai. Agenda seterusnya mengedit kertas soalan bm yang harus dipersembahkan selewat-lewatnya lusa. Seterusnya aku harus mengeringkan kasut Aiman yang masih berendam. Kadang kala diari dan rutin harianku tak pernah sunyi daripada pelbagai agenda waima tidur sekalipun masih dibayangi mimpi tentang agenda berikut yang akan menyusul sebaik sahaja selimut ditarik tatkala azan subuh syahdu berkumandang.Aku ingin mengunndurkan diri seketika dari altar ini untuk memberi ruang agenda hari ini ditunai dengan jitu..salam syahdu dan biarlah bicara malam berlabuh dengan seuntai madah untuk pesanan diri..tak bermakna hari itu jika kita tak dapat memberi makna untuk orang lain...Wassalam

No comments:

Post a Comment