Sunday 5 August 2012

17 Ramadhan 1433 H

Malam semakin larut, keheningannya mencengkam sukma.Kucuba mencari diri meniti laluan yang penuh ranjau walau payah dan berliku langkah perlu diteruskan.Kuakan terus berlari mengikut matahari.Tak akan kubiar hempasan ombak meranap cita, menguburkan asa.Kutetap akan menyongsong suria demi sebuah hidup kerana mati itu pasti tapi hidup belum tentu. Perjalanan ini tidak akan bernoktah destinasi terlalu jauh untuk dituju.Hanya kekuatan dan keteguhan iltizam dapat membawaku menggapai cita. Aku seorang pejuang dan tak akan kubiar angin lalu menghempasku ke batu.Aku akan tetap mencari jalan menuju destinasi...

Tuesday 14 February 2012

Salam untuk semua,
Rasanya sudah bermusim jua aku tidak mencoret pada ruangan ini..semacam ada kekosongan yang seakan menggamit aku untuk membuang jauh rasa dan asa untuk kuluah buat tatapan maya...terlalu banyak cerita ingin kucoret, beribu kata ingin kuluah, berbalam rindu ingin kurasa dan berbukit rasa ingin kulerai tapi semua seakan bernoktah di satu titik yang akupun tak pasti ianya...kuhanya mengikut arus menyongsong bayu membawa desir  puput angin malam yang bersarang dalam lubuk yang paling dalam...kupasti bukan ini yang kumahu aku jelas bukan ini matlamat..tapi aku tak berwarna di atas kanvas...kucuba mencari serinya merah cerianya pelangi dan terangnya kesumba pasti aku tak ingin terus berpacak begini ..ada tangan yang perlu kugenggam ada rasa yang perlu kusiram da mimpi yang harus kukejar yang pastinya aku harus kembali sebagaimana aku dulu seperti mana yang tegak menyongsong badai, meredah lautan kerana aku seorang pejuang ...