Friday, 22 July 2011

Syukurku dalam sendu

Banyak lagi yang terbuku di hati yang tak terungkap dek rasa, saban hari meneruskan percaturan ketentuan Illahi..dalam terik mentari dalam selimut kelam malam kita hanya hanyut mengikut masa. Segelintir cuma yang mampu meneguk erti dan hikmah di sebalik semua itu. Kujemput rasa dan kudiasak-asak suara-suara yang mempersoal hidup ini..kadang kala kutenggelam dengan bisikan kelam tanpa kusedar sinar itu hadir dari pekatnya malam yang memadam sengsaranya mimpi tak bertepi. Kuselit syukur dalam sendu kulafaz doa dalam derap yang memacu menggapai mimpi yang mungkin tak seindah semua...tapi pastinya itu mimpiku walau tak bersulam sutera atau berhias kilau emas tapi cukup untukku mengukir senyum walau dalam kesamaran derai airmata. Kupercaya kekuatan dan tegarnya semangat yang kuada anugerah tak ternilai dan akan kupahat sebagai azimat kumendayung hingga ke destinasi abadi...semoga perjalananku akan berakhir di destinasi penuh redha dan harapanku jua setiap perhentian mencambahkan rasa syukur dalam lipatan diari hidup yang kita mampu jalani dan dengan redhaNya . Syukurku dalam sendu...

Saturday, 16 July 2011

Nak makan lagi!

Masa kecik mak saya selalu masak kuih nih rasanyer lemak berkrim..rindu mak..
            
Dokko2 Utti (Bahasa bugis yang bermaksud Pisang bungkus)  Bahan-bahan:-
1) 1 cawan tepung beras (kalau nak lagi sedap pakai tepung beras yang fresh-caranyer:rendam beras semalaman dan toskan kemudian blender dan kemudiannya ayak sendiri..wangi dan best)
2) 5 cawan santan
3) 2 sudu makan tepung jagung (tak letakpun takper)
4) 2 sudu makan gula
5) ½ sudu teh garam
6) 5 biji pisang raja
7) Daun pisang secukupnya 
Bahan-bahan:-
1
Cara :

1) Gaul sebati tepung, santan, garam dan gula.
2) Tapiskan adunan ke dalam periuk. Kacau di atas api kecil hingga pekat dan angkat.
3) Ambil 1 senduk adunan dan letak di atas daun pisang. Letakkan sepotong pisang dan
tutup adunan ini dengan daun pisang seperti buat lepat. Buat hingga habis.
4) Sementara itu panaskan pengukus.
5) Letakkan kuih dalam dulang pengukus dan kukus selama ½ jam atau hingga masak.)

 * saya ubahsuai resepi ini drpd blog kuih2 malaysia.
tau hingga masak.

Mari kita masak...

Hari ini tiba-tiba teringat kuih tradisi yang biasa mak saya masak masa kecil...makan panas-panas memang sedap.aku bagi nama barulah senang nak ingat  "Pisang kukus ubi berselimut kelapa"


Bahan-bahan (mengikut kesesuai sendiri)
1. Ubi kayu
2. Pisang awak ( yang dibuat pisang goreng)
3. Kelapa parut (ambik yang putih aja)
4. Gula pasir
5. Garam

Cara membuatnya
a. Mula2 parut ubi kayu dan buang airnya (untuk rasa lebih lemak dan manis boleh camput kelapa parut dan gula pasir sedikit.Ketepikan (boleh campur dengan pewarna jika suak)
b. Pisang dibelah dua
c. Salut pisang dengan ubi kayu tadi.
d. Kukus hingga masak (lapis dengan plastik atau daun pisang)
e. Golekkan dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan gula dan sedikit garam.
f. Sedia untuk dimakan.
g. Gambarnya lebih kurang macam di bawah ini selamat mencuba

Friday, 8 July 2011

Sabtu

Kumenggeliat lesu menyingkap selimut pagi berjalan perlahan menuju bilik air...jam di dindingpun sudah bertanda 6.30 pagi...aaah satu keluhan pantas meluncur dari mulutku. Kubasuh muka dengan simbahan air wudhuk untuk bertemuNya di pagi sabtu.Banyak perkara bermain ini di benakku, kulihat segenap ruang yang tidaklah seluas mana berselerak dan tak tersusun, ultraman dan raksasa bergelimpangan di kaki meja, transformer dan Ben 10 berasak di atas meja...wajar berselirat di meja komputer...Hemm Aiman punya angkara. Kulangkahkan kaki menuju ke dapur membasuh susu untuk sekecil itu yang kehausan melayan hero-heronya sampai ke larut malam.

Pagi ini agendaku hanyalah rutin sabtu biasa. Sebentar lagi jam 11 Aiman harus menuju ke kelas Pianonya...sementara menunggunya bolehlah aku menikmati secawan teh tarik panas dan roti canai di Restoran Bidayah..aku tak mahu peristiwa semalam menghantuiku lagi..sungguh tidak patut pelayan restoran Shaaz telah membuat tiga kali kesalahan yang bagiku tidak boleh dimaafkan. Pertama aku berkehendakkan air limau panas adakah diberinya teh limau panas. Tapi aku maafkan yang ini. Keduanya pula aku datang awal tapi orang di depanku pula dapat awal..apalagi akupun menyirap..jawapannya tunggu dulu. Dipendekkan cerita sampailah pesanan saya Mihun Goreng Ayam....tapi yang aku minta ayam goreng di gaul dengan mihun yang datangnya mihun goreng dengan ayam seketul. Dengan level kemarahan di tahap maksimum akupun bawa ke kaunter aku cakap saya" regular customer' yang hampir saban waktu bertenggek kat situ tak patut dilayan seperti itu. Aku sudah tidak berselera untuk makan lagi. Aku terus membayar makanan dan minuman dan aku beredar dari situ. Aku tak merasa rugi mereka yang hilang satu lagi pelanggan setia....banyak lagi restoran lain di tempatku.."Restoran Lepaking" yang akan beroperasi hari tunggu kedatangan aku...



Balik kepada cerita agenda sabtu aku...kebiasaanya sabtu adalah hari untuk tengok wayang dan berjalan-jalan tetapi sedihnya minggu ini terpaksalah kami direhatkan atas sebab-sebab keselamatan kerana adanya perhimpunan " Bersih" yang aku malas nak komen, nak ulas dan beri pendapat bak kata Maharaja Lawak nombor 3, Nabil "Luh fikirlah sendiri"...jadi nampak gaya sbatu nih duduk rumah dan layanlah HBO dan Starmovie jeh....

Monday, 20 June 2011

Masih segar...

Hari ini 20 Jun 2011, genaplah 47 hari arwah ibunda tercinta telah pergi buat selamanya..
masih segar dalam kotak ingatan wajah dan senyumnya yang tulus dan ikhlas..Tuhan beri aku kekuatan untuk terus hidup dalam sabar dan doa. Jangan sesekali Engkau hapus ingatanku terhadapnya. jangan pernah Kau biar bibir ini kering daripada lafaz alfatihah untuknya...ingatkan aku sentiasa beri sedikit amalan pada penghulu hariMu..Ya Allah mudah-mudahan ibuku berada di sisi orang-orang kesayanganMu...Amin

Monday, 23 May 2011

Rindu bertandang lagi...

Seingat aku masa boleh merawat duka dan sendu di hati
namun itu hanyalah mainan tekaan aku semata..saban waktu bayang
dan raut wajahmu sentiasa bermain di fikiranku, menari-nari di pelupuk mataku
MAMA..anakmu terlalu rindu akan dikau... masih tak puas lagi aku menatap wajahmu..masih jauh lagi kumampu membalas pengorbananmu..

WALAU..
tujuh lautan banyaknya tak akan mampu kubalas jasamu
beribu batu kuberjalan tak akan bisa menandingi jerih payahmu
seisi alam kepersembahkan padamu tak akan boleh membayar kesabaranmu

KAULAH..

teman tatkala kami kesunyian
ayah tatkala kami dahaga kasihnya
pengubat tatkala kami derita
segalanya tak terungkap dengan kata-kata...

IBU...

Bersemadilah dengan tenang
hanya Al-fatihah sentiasa mengiringi tangisan kerinduan terhadapmu
kupohon kutemuimu walau dalam mimpi sekalipun..
pintaku ya Allah jangan pernah sesekali kau hilangkan ingatan dan rinduku padanya

Alfatihah untukmu ibu RAPIAH MOHD TANG....telah pulang ke rahmatullah pada 04 Mei 2011 hari Rabu jam 9.45 malam bersamaan 30 Jamadilawal 1432 Hijrah.

Saturday, 14 May 2011

Mama

10 hari terlalu aku masih tak mampu untuk menerima ketiadaanmu di sisi
bayang dan raut wajahmu masih jelas tergambar dalam setiap sudut pandanganku
rindu kasih masih tebal  dalam diri..pergimu begitu pantas seolah-olah menyentap
asa dan harapan ..kubermohon moga Allah beriku kekuatan untuk kuteruskan hidup ini
hanya doa dan Al-Fatihah setiap kali bayangmu hadir dalam ingatan...
semoga mama bersemadi dengan tenang dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman...Amin